Seeds PSA
Â
SEEDS PSA (Social Entrepreneurship Empowerment Development Sharing) menjadi hab peralatan sokongan kesihatan melalui pengumpulan, pembaikan dan pengagihan katil hospital bagi membantu pesakit kronik dan warga emas di kawasan Lembah Klang. Kami bermula pada penghujung tahun 2022 dan sehingga kini kami telah membantu lebih 40 pesakit yang memerlukan katil hospital.
Â
APA YANG KAMI LAKUKAN?
Kami menjalankan perkhidmatan sewaan katil hospital dengan sekali bayaran sahaja.Katil hospital boleh digunakan sehingga tidak lagi diperlukan. Anda boleh menghubungi pihak kami bagi urusan pemulangan katil hospital tanpa sebarang bayaran tambahan.
Â
ANDA INGIN MEWAKAFKAN KATIL?
Kami sudi menerima katil hospital dan peralatan kesihatan yang telah tidak digunakan lagi. Hubungi kami untuk urusan pengambilan katil hospital. Katil hospital dan peralatan sokongan kesihatan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Usaha ini adalah untuk membentuk ‘sharing society’ di kalangan masyarakat terutamanya warga Lembah Kelang.
Servis & Jualan SEEDS
Apakah jenis katil yang encik ada?
Kami mempunyai dua jenis katil iaitu katil manual dan katil auto.
Â
Adakah ketinggian katil boleh dilaraskan?
 Ya, ketinggian boleh dilaraskan di tiga bahagian katil iaitu, kepala, kaki dan ketinggian katil itu sendiri.
Â
Berapakah kos harga sewa katil hospital?
Sewaan katil manual berharga RM580 manakala katil auto berharga RM1,000. Bayaran sewa hanya dikenakan sekali sahaja. Tiada bayaran bulanan dikenakan.
Â
Â
Adakah terdapat bayaran pendahuluan atau deposit?
Â
 Akan ada bayaran deposit bangunan tinggi sebanyak RM100 jika anda tinggal di bangunan tinggi seperti rumah flat, kondominium dan juga rumah teres dua tingkat (jika katil dibawa ke tingkat atas). Deposit itu untuk kegunaan mengangkat katil apabila mahu dipulangkan nanti.
Â
Â
Adakah terdapat sebarang caj tambahan?
Caj tambahan akan dikenakan jika tuan/puan perlukan tenaga tambahan untuk mengangkat katil. Kami akan kenakan caj mengikut harga yang ditetapkan di Lalamove.
Â
Adakah perkhidmatan penghantaran disediakan?
Ya, kami menggunakan perkhidmatan Lalamove untuk penghantaran dan pemulangan katil.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk penghantaran?
Biasanya proses penghantaran mengambil masa selama dalam 1-3 hari bekerja tetapi kami akan usahakan untuk melakukan penghantaran dengan segera.
Berapa lama saya boleh sewa katil hospital ini?
Tuan/Puan boleh guna katil hospital tersebut sehingga tidak diperlukan lagi. Tuan/Puan boleh hubungi saya untuk pemulangan katil.
Adakah aksesori tambahan seperti lampin pakai buang disediakan? Bagaimana cara untuk memohon?
Aksesori tambahan boleh dipohon melalui customer service representative kami dan akan diberi bergantung kepada stok sedia ada sahaja.
Berapakah kos untuk aksesori tambahan tersebut?
Aksesori tambahan adalah percuma untuk pelanggan yang menyewa katil hospital kami.
Aktiviti
Penyerahan Katil Wakaf
Penyerahan Katil Wakaf
Penyerahan Katil Wakaf
