
SELAMAT DATANG KE SEEDS PSA
MEMBERI KETENANGAN MINDA KEPADA
PESAKIT & KELUARGA
About Us
SEEDS PSA merupakan singkatan daripada
S – Social
E – Entrepreneur
E – Empowerment
D – Development
S – Sharing
PSA- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
SEEDS PSA adalah sebuah perusahaan sosial berasaskan kepada menyediakan perkhidmatan sewaan katil hospital, membaikpulih peralatan kesihatan, jualan peralatan kesihatan dan produk inovasi peralatan kesihatan bagi membantu pesakit kronik dan warga tua Selangor. SEEDS PSA diwujudkan melalui kolaborasi industri dan NGO bagi melaksanakan aktiviti perniagaan dengan mengaplikasi kemahiran pelajar dan di bantu pensyarah mentor dalam bidang perniagaan dan bidang mekanikal seperti fabrikasi kimpalan, servis baikpulih peralatan, pemasaran, dan kewangan.
Majlis menandatangani plague SEEDS PSA oleh YBrs Dr. Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) semasa majlis perasmian pada 16 Mei 2023.
Pelajar Inkubator SEEDS PSA yang terdiri daripada pelajar PSA bersama pensyarah mentor.
