Alhamdulillah hari ini dpt  menyerahkan sebuah alat pemekat oksigen kebajikan (Oxygen Concentrator)untuk dimanfaatkan oleh seorang ibu yang menghadapi masalah pernafasan di Seremban.

Semasa alat ini diserahkan kepada suaminya, pesakit masih menerima rawatan di hospital. Dengan adanya alat ini, ia membolehkan pesakit untuk dibawa pulang dan dijaga oleh keluarga.

Semoga urusan penjagaan pesakit dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih kepada semua yang terus Istiqomah menyokong gerakan kecil membantu ini semoga Allah memberkati semua

Shopping Cart