lhamdulillah. Pada hari Isnin, team TWKK telah sampai di Pagoh, Johor untuk pengambilan satu unit katil wakaf elektrik.

Matlamat TWKK adalah untuk menjadi peneraju dalam membangun sebuah hospital kebajikan. Perjalanan TWKK masih jauh dan penuh cabaran. Segala sokongan dan dokongan orang ramai memberi motivasi dan inspirasi untuk kami terus mengurus amanah ini.

Kami membuka peluang untuk berwakaf serendah RM100 untuk wakaf hospital. Dana akan disimpan di Amanahraya Berhad seterusnya akan menghasilkan dividen untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Shopping Cart