TERUS DIBERI KEPERCAYAAN BANTU PESAKIT SELURUH NEGARA

Alhamdulillah, sepanjang minggu ini, kami terus diberi kepercayaan oleh masyarakat untuk membantu pesakit yang memerlukan di seluruh negara. Pada hari sabtu yang lepas, TWKK-TMI menerima sebuah lagi katil hospital kebajikan untuk dimanfaatkan oleh pesakit yang memerlukan. Penyumbang kali ini ialah seorang rakan dari Subang jaya, Selangor. Manakala, sehari selepas itu, TWKK-TMI menggerakkan dua misi membantu pesakit dengan menghantar katil hospital kepda mereka. Pesakit ini tinggal di Sepang dan Senawang dan pada hari ini, sebuah lagi misi membantu digerakkan, menyantuni seorang lagi pesakit terlantar di Senawang. Ketika katil dihantar kepada waris, pesakit masih lagi berada di sebuah hospital di Melaka dan dijangka akan dibawa pulang pada hari Rabu ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus istiqamah menyumbang gerakan kecil membantu ini. TWKK-TMI terus istiqamah menjadikan wakaf sebagai instrumen penyelesaian permasalahan ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart