DIBERI KEPERCAYAAN PENUHI HARAPAN PESAKIT

Alhamdulillah, kepercayaan para penyumbang kepada TWKK-TMI melalui sumbangan yang berterusan membuatkan harapan para pesakit terus dapat dipenuhi.

Sepanjang minggu ini, TWKK TMI telah menyerahkan 2 unit katil hospital untuk dimanfaatkan rakan pesakit di sekitar Seremban.

Pesakit pertama berusia 50 an, seorang lelaki yang tinggal di Taman Coral Height Sikamat. Beliau telah kehilangan sebahagian kakinya dan sebelum ini hanya bergantung pendapatan melalui hasil perniagaan roti canai.

Manakala pesakit ke dua, juga seorang lelaki yang terlantar dan tinggal di Paroi, Seremban. Semoga perkhidmatan katil hospital ini mampu memudahkan proses penjagaan pesakit. Misi penghantaran katil ke Paroi mendapat tajaan dan sokongan dari Pusat Khidmat Dun Sikamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart